Archives

gravatar

Persamaan cinta!!

Tahu tak
cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de
tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak,"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt...
mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi
awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu
kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm....tak de air-cond...
cuaca pulak panas. Lebih
baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu
berlalu dan awak bercadang utk
menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan
yg awak pula dah terlambat
rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu
sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu
apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas
tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini
apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada
orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu
awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak
nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak
tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura
buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang
saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik
dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada
cinta!

gravatar

Apa Itu Cinta?????

       Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik
kepada yang dicintainya itu penuh emosi
dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam
cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan
yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk
mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang
menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.
Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..
cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi
keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin
hidup yang bersih dan penuh taqwa.



Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu
sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-
sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya
setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta
itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci
murni serta putih bersih. 

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan
cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik
malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang
dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya
khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.
Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada
ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh
jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu
apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh
layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup
walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-
mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum
pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan
menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang
bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak
berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua
yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan
anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

gravatar

Chemistric poem!!

To : YOU
I am attracted to you
Like an electron to a proton
Together we form an ionic bond
Though we are opposite charged ions
I am drawn towards you
Our love is unique as an orbital
For only two electrons can fill this
space
As my love for you increases
My energy level rises
I am in this excited state
Increasing the tendency to form a
chemical bond
I was an element
It took you to make me a compound
substance
Falling in love with you is a chemical
reaction
Which cause my love for you to grow
Ours is an exothermic love
Each giving of love not just absorbing it
Sometimes you do something especially
nice
Which speeds up the chemical process
Like a catalyst in my increasing love
for you
I realise we have our inhibition periods
And sometimes I am selfish enough
To be an endothermic reaction
Only absorbing your love
The feeling i have for you is so intense
It cannot be measured in kilojoules
Often I have to make a qualitative
elementary analysis
To understand and love you more
But i don't expect to know your empirical
formula
You are too complex a person for that
WHEN YOU ARE GONE, I AM A NOBLE GAS
AN INERT SUBSTANCE
WHEN I AM WITHOUT YOU
THE WORLD SEEMS STILL
AND I AM AT EQUILIBRIUM..........

From : ME

gravatar

Anjing dan Jiran

           Sejak kebelakangan ini.. Jasin benar2 hairan... sudah empat hari di setiap jam 4 pagi.. anjingnya akan membuat bising.. seolah-olah ada sesuatu yang menganggunya.. Hari ke-5.. ketika jam 4 pagi seperti biasa.. Jasin sekali lagi tersedar kerana bunyi bising  anjingnya. Kali ini dia rajinkan diri bangun menuju keluar rumah untuk melihat apa yang telah terjadi.. Jasin sangat terkejut bila melihat punca anjingnya bising disebabkan oleh jirannya yang sedang melemparkan batu ke arah anjingnya itu.. 

                      Walaupun lemparannya itu tidak mengena.. tapi cukup untuk membuat anjing Jasin bising.. Lalu Jasin bertanya kepada Jirannya kenapa dia melempar batu ke arah anjingnya..."Aku minta maaf!" kata Jirannya..Aku sebenarnya tidak berniat untuk melempar batu ini kepada anjingmu! Aku cuma mahu menganggu anjing mu ini supaya dia bising kerana Ibu mertuaku baru sahaja melawat kami semalam.. dan dia kata.. kalau dia tidak boleh tidur dengan nyenyak di rumahku.. dia akan segera pulang ke rumahnya!"

gravatar

R u In Love with sum1?????

Are You In Love With Someone?

When u r together with that special someone,
u pretend to ignore that person.
but when that special someone is not around,
u might look around to find them.
at that moment, u r in love..


Although there is someone else who always makes u laugh,
your eyes n attention might go only to that special someone,
then u r in love..


Although that special someone was supposed
to have called u long back,
to let u know of their safe arrival,
your phone is quiet,
u r desperately waiting for the call,
at that moment, u r in love..


If u r much more excited for one short e-mail
from that special someone
than many other long e-mails,
u r in love..
when u find yourself as one
who cannot erase all the messages
in your answering machine,
because of one message from that special someone,
 u r in love..


When u get a couple of movie tickets,
u would not hesitate to think of that special someone,
then u r in love..
u keep telling yourself
"that special someone is just a friend",
but u realize that u cannot avoid that person's special attraction,
at that moment u r in love..
while u r reading this page,
if someone appears in your mind,
than u r in love with that person :))

gravatar

A letter for u

If I knew it would be the last time
that I'd see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly
and pray the Lord, your soul to keep.
If I knew it would be the last time
that I see you walk out the door,
I would give you a hug and kiss
and call you back for one more.


If I knew it would be the last time
I'd hear your voice lifted up in praise,
I would video tape each action and word,
so I could play them back day after day.
If I knew it would be the last time,
I could spare an extra minute or two to stop and say I
love you,
 instead of assuming you would KNOW I do.


If I knew it would be the last time
I would be there to share your day,
well I'm sure you'll have so many more,
so I can let just this one slip away.
For surely there's always tomorrow
to make up for an oversight,
and we always get a second chance to make everything
right.


There will always be another day to say our I love
you's,
And certainly there's another chance to say our
"Anything I can do's?"
But just in case I might be wrong,
and today is all I get,
I'd like to say how much I love you
and I hope we never forget
Tomorrow is not promised to anyone, young or old
alike,
And today may be the last chance you get to hold your
loved one tight..


So if you're waiting for tomorrow,
why not do it today?
For if tomorrow never comes,
you'll surely regret the day
That you didn't take that extra time
for a smile, a hug, or a kiss
and you were too busy to grant someone,
what turned out to be their one last wish.


So hold your loved ones close today, whisper in their
ear,
Tell them how much you love them
and that you'll always hold them dear,
Take time to say "I'm sorry, please forgive me,"
"thank you" or "it's okay".




And if tomorrow never comes, you'll have no regrets
about today.

gravatar

Penjara Pudu

                        Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
                  
                      Di bilik terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik terakhir" itu.
                       
                   Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.
                  
                      Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata... "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu""Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa" "Ha Ha Ha Ha Ha" 

gravatar

FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik..tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada  iman." Bunyi satu suara di
belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk
Dr.Johar, orang besar negara ini. "pakcik, biarlah saya tolong kutip,
sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,"
kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar
aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu mata,tengok duit
merah, biru  berlapis-lapis.
Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan
wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur
bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train
meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak
dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka,
tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati
Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya
tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara
lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki
itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu
membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak.Serban mereka berwarna hitam
berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik.
Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di
Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang
iman. Negara ini menitikberatkan iman....Pakcik didenda, 30 kali
subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.
Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh
pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya
membumbung tinggi.

Apa? Dia nak marahkan aku? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat
apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang
kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit
bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat,
bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu  dengan
tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk
Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.
Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang
salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada
jenama yang mahal pula - Pierre Cardin.  Kasutnya hitam berkilat
daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang
status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang -moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.Sekarang,
kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah
zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam
yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang
bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti
darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan."Di mana aku sebenarnya
ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di
tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala
lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan
kebersihan lahir batin bandar ini.

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow
Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu?
Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk
Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia
dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan
jelas. Seorang lelaki pertengahan umur seorang kepada pegawai
penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang
baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari
sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas...Lega.
Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia
perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari
sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al
Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir
miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia  pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan -pemisahan macam ni"

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni
kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,
pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.
Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di
sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"
terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan
kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul
Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman
jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun masuk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?"
tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya, Apa peliknya ?". "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala
makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!
Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki." kata pelayan itu
dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu
berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia
makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya
di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu
lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana "
Keluhnya. "Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha,
pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah
kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di
Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah
kita.Oh...!" keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan
daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita
tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan
duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup
perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada
pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah
sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya
pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ...," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri
atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi,
kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera
ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan
berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak
perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
aku ini?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya.....". "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap,
boring. saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati?"
tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana,
tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau
pasal bil. Percuma." Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah
hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam
warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya ia masih kelihatan kolot..
Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah, atau
otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam
skrin timbul tajuk besar-KHAUF.
Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN,
IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya.

Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam
kristal, boleh pecah denganlagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi,
protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah
terus menekannya.Tertera di atas skrin komputer:'RAJA'.kemudian
tersembul tajuk-tajuklagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI
MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak
jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak
muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan
lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu
kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada
terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah
cokat itu smbil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian
getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta
suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu
Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter
bayaran.
"Maaf  tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami
halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan
berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit
warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang
boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta
sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank.Takkan
saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri,
tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu
ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku  tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik
Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua
pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi
begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya.
Pilot helikopter dengan tulisan'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan
urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang
jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang
gambar seorang lelaki dan  perempuan berserta anak-anak meraka.
Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya!Di jalan-jalan
raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu
seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian
tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar
bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka
tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi mataya.

ISLAM adalah tertinggi...tiada yang lebih tinggi melainkan ISLAm...
ISLAM itu agama Allah, agama Allah PENYELAMAT UMMAH... MAka
ISLAM PENYELAMAT UMMAH...

gravatar

Sad Story!!

This is a story of a boy and a girl.


10th Grade:
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. she
was my so called 'best friends". I stared at her long, silky hair, and
wished she was mine. But she didn't notice me like that, and I
knew it. After class, she walked up to me and asked me for the
notes she had missed the day before and I handed them to her. She said
'thanks' and gave me a kiss on the cheek.
I want to tell her, I want her to know that I don't want to be
just friends, I love her but Im just too shy, and I don't know why.


11th Grade:
The phone rang. On the other end, it was she. She was in tears,
mumbling on and on about how her love had broke her heart. She
asked me to come over because she didn't want to be alone, so I
did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her beautiful
eyes, wishing she were mine. After 2 hours, one Drew Barrymore
movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She
looked at me, said 'thanks' and gave me a kiss on the cheek.
I want to tell her, I want her to know that I don't want to be
just friends love her but I'm just too shy, and I don't know why.


Senior year:
The day before promotion she walked to my locker. "My day is sick"
she said, "he's not going to go" well, I didn't have a date, and
in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates,
we would go together- just as 'best friends'. So we did. Promotion
night, after everything was over, I was standing at her front door
step. I stared at her as she smiled at me and stared at me with
her crystal eyes. I want her to be mine, but she doesnt think of
me like that, and I know it. Then she said- "I had the best time,
thanks!" and gave me a kiss on the cheek.
I want to tell her, I want her to know that I don't want to be
just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


Graduation Day:
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it
was graduation day. I watched as her perfect body floated like an
angle up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine- but
she didn't notice me like that, and I knew it. Before everyone
went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I
hugged her.Then she lifted her head from my shoulder and said-
'you're my best friend,thanks' and gave me a kiss on the cheek.
I want to tell her, I want her to know that I don't want to be
just friends , I love her but I'm just too shy, and I don't know
why .







Wedding Day:
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married
now. I watched her say 'I do' and drive off to her new life,
married to another man. I wanted her to be mine,but she didn't
see me like that, and I knew it. But before she drove away, she
came to me and said 'you came!'. She said thanks' and kissed me in
the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to
be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why





Funeral Day:
Years passed , I looked down at the coffin of a girl who used to
be my best friend. At the funeral service, they read a diary entry she
had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at
him wishing he was mine; but he doesn't notice me like that, and I
know it. I want to tell him, I want him to know that I don't want to
be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don't know why.
I wish he would tell me he loved me! 'I wish I did too...' I thought to
my self, and I cried.


Do yourself a favor,tell him/her you love them before its too late.
They won't be there forever."

gravatar

Dia.....

Dia....
Dialah segalanya...
Dia lah seorg gadis yg istimewa...
Mata yg sepet diwarisi dari org tua....
Jauh dilubuk hatiku
Dia sangat istimewa....

Dia...
Sering mencoret kenangan bahagia pabila bersama....
Bagai kucing dan anjing berjumpa...
Saban hari semakin gembira bersamanya...

Meskipun aku hanya seorang insan biasa...
Bukan seorang Penglipur lara..
bukan pula seorang penyair yg petah dengan kata-kata...
Aku takkan menyerah kepada rasa malu yg menguasai jiwa..
ku pastikan Suatu hari nanti..
Akan ku takluki dirimu...
Walau rupaku tidak setampan si dia..
Mencuba itu permulaan untuk berjaya....


Dia....
16 march satu tarikh yg sangat istimewa...
Melamar jiwa nestapa..
Menyelamatkan dari seksa alpa
Aku dan Dia......telah bersatu....
Bak terbit suria gembira...
Kini hampir setahun "Tuanya" perhubungan kita..

Dia...
Hidupku
Jiwaku
Jantung penyeri
Pengubat sanubari

Terpateri cinta abadi dua jiwa
Moga kekal cinta suci hingga akhir usia
Allah makbulkan doa kita...

gravatar

Selamat Harijadi

Malam ini,
Hujan rintik-rintik,
Bintang sembunyi diri,
Bulan menyepi sinar sepi,


Di kala aku sendiri,
Hatiku bernyanyi,
Degup jantungku berpuisi,
Urat tujuh nadi berpuisi,
101 kerat tulangku bersyair,
Rinduku bersarang di hati,


Malam ini,
Hati kenal rindu,
Hati kenal cinta,
Hati kenal bahagia


Walau sendiri hati mimpi berdua,
Walau sendiri bayanganmu tetap dijiwa,
Melakar rindu di lubuk nurani,
Menganyam kasih di sanubari.


Hari ke 24,
Bulan Januari,
Tahun 1993 Masihi,
Bumi kenyalang terima seri,
Lahirmu seorang puteri,


Wajah comel,
Tangan kecil kerdil tergapai-gapai
Mendendang tangis dipelukan kasih,
Mengundang bahagia si ibu,
Menjemput bangga si bapa


17 tahun kenal alam maya,
Bumi kenyalang meraikan mu,
Si kecil comel
Kini ayu jelita
Bak bunga kembang pagi,


Wajah kiut bak mentari,
Jiwa halus anak seni,
Bagai puteri di singgahsana negeri,
Menambat hati teruna sepi,


16 haribulan march bersapa,
Aku jejaka bergelar teruna ,
Hati mengintai sang puteri jelita,
Kasih berputih di daerah maya,
beranikan diri melamar si dara,
Jauh neraka dari syurga
Kasih ku ini berbalas jua,


Di kala aku sendiri,
Hatiku bernyanyi,
Degup jantungku berpuisi,
Urat tujuh nadi berpuisi,
101 kerat tulangku bersyair,
Rinduku bersarang di hati,


Apakah dinda anugerah hari lahirku?
Atau aku hadiah hari lahirmu?
Selamat Hari Lahir Sayang