gravatar

Anjing dan Jiran

           Sejak kebelakangan ini.. Jasin benar2 hairan... sudah empat hari di setiap jam 4 pagi.. anjingnya akan membuat bising.. seolah-olah ada sesuatu yang menganggunya.. Hari ke-5.. ketika jam 4 pagi seperti biasa.. Jasin sekali lagi tersedar kerana bunyi bising  anjingnya. Kali ini dia rajinkan diri bangun menuju keluar rumah untuk melihat apa yang telah terjadi.. Jasin sangat terkejut bila melihat punca anjingnya bising disebabkan oleh jirannya yang sedang melemparkan batu ke arah anjingnya itu.. 

                      Walaupun lemparannya itu tidak mengena.. tapi cukup untuk membuat anjing Jasin bising.. Lalu Jasin bertanya kepada Jirannya kenapa dia melempar batu ke arah anjingnya..."Aku minta maaf!" kata Jirannya..Aku sebenarnya tidak berniat untuk melempar batu ini kepada anjingmu! Aku cuma mahu menganggu anjing mu ini supaya dia bising kerana Ibu mertuaku baru sahaja melawat kami semalam.. dan dia kata.. kalau dia tidak boleh tidur dengan nyenyak di rumahku.. dia akan segera pulang ke rumahnya!"